
16 Ogos 2025
Mercure Kuala Lumpur Trion, Kuala Lumpur
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-4
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-4 Koperasi Persekutuan Perkhidmatan Kebajikan Malaysia Berhad (FedKew) telah berlangsung dengan jayanya sebagai wadah penting dalam membincangkan hal ehwal koperasi, membentangkan laporan tahunan, mengesahkan penyata kewangan serta merangka hala tuju strategik organisasi.
Majlis pada tahun ini turut diserikan dengan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik iaitu Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad, KZ Trivisory Sdn. Bhd. dan Go Capital Growth Sdn. Bhd. , yang dijangka dapat memperkukuh kerjasama serta membuka peluang baharu bagi memperluas jaringan dan memperkasakan lagi peranan FedKew dalam pembangunan koperasi.



























