Akta dan Peraturan

GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam

18. Koperasi perlu mengikuti perkembangan jenis emas palsu yang berada di pasaran semasa terutamanya yang berasal dari negara-negara luar. Penaksir perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah untuk mengenali pelanggan (know your customer) apabila mana-mana pelanggan datang menggadai. Secara minimum, koperasi hendaklah mengadakan kaedah pengujian dan penilaian emas yang bersesuaian berlandaskan piawaian prosedur operasi [Standard Operating Prosedure (SOP)] koperasi masing-masing dan amalan industri. Antara kaedah yang boleh digunapakai adalah pengujian asid (touchstone), ketumpatan (densimeter) dan X-Ray Fluoresence (XRF)

Akta71: Akta Timbang & Sukat 1972

Kebolehkesanan pengukuran

8A. Apa-apa pengukuran yang dibuat bagi maksud Akta ini hendaklah mempunyai kebolehkesanan kepada Standard Pengukuran Kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan dalam kta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007.

Bahan Rujukan Diperakui

Apakah itu MyREM?

▪ MyREM bahan rujukan diperakui yang telah dibangunkan oleh NMIM sebagai
pelaksana Akta Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675)
▪ MyRM memberi jaminan kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI unit)
▪ MyRM sebagai rujukan yang dipercayai dalam menjamin kualiti terhadap peralatan
pengukuran
▪ Setiap MyRM bagi peralatan pengukuran ketulenan emas akan disertakan bersama sijil nilai ketumpatan dan ketulenan yg dirujuk dengan standard pengukuran antarabangsa

Kepentingan MyREM

▪ Peralatan pengukuran lebih tepat dan seragam
▪ Meningkatkan keyakinan pengendali peralatan pengukuran
▪ Mengurangkan kesilapan semasa proses pengukuran
▪ Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap pengukuran yang dijalankan

Program Latihan

FASA 1 – PROGRAM KEMAHIRAN PENGUKURAN KETULENAN EMAS

Objektif

  • Membangunkan kompetensi operator berkenaan keupayaan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuran ketulenan emas melalui kaedah teknikal
  • Perkongsian amalan pengukuran terbaik industri emas berkenaan kaedah penggunaan peralatan pengukuran ketulenan emas.
  • Meningkatkan kemahiran operator bagi memenuhi standard kualiti pengukuran ketulenan emas.

FASA 2 – PROGRAM KECEKAPAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PERALATAN PENGUJIAN EMAS

Objektif

  • Membangunkan kompetensi peserta melaksakan kerja-kerja pengukuran ketulenan emas melalui kaedah teknikal.
  • Memberi bimbingan amalan pengukuran Pengujian Emas terbaik.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi memenuhi standard kualiti pengukuran ketulenan emas.